04 November 2009

KSSGUTM 2009 :: Jamuan Akhir Semester 1 sesi2009/2010

Assalamualaikum,


Peter Pan - Semua Tentang Kita

Pada jam 24:49 setelah penat bekerja, fikiranku mengidam hendak menulis dan akhirnya terbitlah laporan ini.

Tanggal 22 oktober 2009 lalu, sekali lagi kami dijemput hadir ke majlis makan-makan sempena akhir semester dan majlis perpisahan En. Aziz (Penasihat KSSGUTM) yang dianjurkan Kelab Silat Seni Gayung Universiti Teknologi Malaysia. Jamuan ini diadakan di Hutan Rekreasi UTM berdekatan dengan Balai Cerapan UTM.

Majlis tersebut sangat berharga kerana Gurulatih KSSGUTM yang tersayang dan dihormati Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad serta Keluarga turut hadir meraikan majlis ini. Tidak lupa Alumni-alumni UTM selaku bekas ahli KSSGUTM turut sama2 memeriahkan majlis ini.



haha....ramai jugak yang hadir. Group dari Kolej Komuniti Bandar Penawar juga tidak ketinggalan. Diakhir majlis ini diselitkan dengan aktiviti berKaraoke untuk memeriahkan lagi majlis ini.

kalau x percaya lihat gambar nie....begitu bersemangat brother nie menyampaikan lagunya.....hehehe

Akhir kata dr Mr. manager,

semoga program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ahli2 KSSGUTM dan anak-anak Gayung sekalian. Kepada En. Aziz walaupun sudah bersara dari perkhidmatan, ingatlah Kami di sini. "Jauh dimata bukan dekat dihati tetapi dekat ditelinga"-kata Cikgu Mohd Noor.
Semoga berjaya dari kami budakfotoGRAFIA!!!!

Asrul Adam,
asruldm@gmail.com

selebihnya

29 October 2009

AGM2009 :: Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM)

Assalamualaikum..


Hijjaz - Sunnah Orang Berjuang

Pada 18 Oktober 2009, Kelab Silat Seni Gayung Universiti Teknologi Malaysia (KSSGUTM) mengadakan program wajib bagi setiap tahun iaitu Annual General Meeting (AGM 2009) kali ke-14 bertempat di Dewan Senat UTM, Bangunan Pentadbiran UTM Skudai Johor. AGM ke-14 ini dihadiri lebih 40 ahli KSSGUTM di mana ianya terdiri daripada barisan kepimpinan pada tahun 2009, ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru. Ustaz Mohd Redzuan selaku penolong Jurulatih KSSGUTM serta penyandang sandang kebesaran PSSGM turut serta menghadiri majlis ini.

Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih dan melantik barisan kepimpinan yang baru bagi organisasi KSSGUTM 2010. Diharap agar barisan kepimpinan yang baru (Saudara Amir Putra dan ahli jawatankuasanya) dapat memimpin KSSGUTM dengan jayanya justeru dapat merealisasikan Visi dan Misi Universiti Teknologi Malaysia .Semoga berjaya dari kami budakfotoGRAFIA!!!!


Asrul Adam,
asruldm@gmail.com

selebihnya

28 October 2009

Konvokesyen Tati-UC ke3

Assalamualaikum


Vitamin C - Graduation(Friends Forever)

Awal bulan aritu, 9 Oktober 2009 balik kampung di Terengganu. Bukan apa, sambil balik rumah, boleh jalan-jalan sekali.

Balik ngan kereta abang yang kerja cikgu kat Kluang. Gerak dari sana jam 3 petang. Penat gak la, walaupun aku jadi penumpang je. Haha. Sampai Terengganu lebih kurang jam 12 malam. Terus tidur sebab esok pagi jam 6 dah kena terus gerak ke Kemaman. Adik aku konvo kat Dewan Berlian, Kemaman tu. Jam 9 pagi mula acara.

Dang-dang jer jam 7 gak baru gerak. Abih kul 6 baru bangun. Haha.


Itulah wajah-wajah comel adik aku ngan memembernya.... Ahhaha..


Tahniah.

selebihnya

Followers

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP