AGM2009 :: Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM)
Assalamualaikum..
Hijjaz - Sunnah Orang Berjuang
Pada 18 Oktober 2009, Kelab Silat Seni Gayung Universiti Teknologi Malaysia (KSSGUTM) mengadakan program wajib bagi setiap tahun iaitu Annual General Meeting (AGM 2009) kali ke-14 bertempat di Dewan Senat UTM, Bangunan Pentadbiran UTM Skudai Johor. AGM ke-14 ini dihadiri lebih 40 ahli KSSGUTM di mana ianya terdiri daripada barisan kepimpinan pada tahun 2009, ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru. Ustaz Mohd Redzuan selaku penolong Jurulatih KSSGUTM serta penyandang sandang kebesaran PSSGM turut serta menghadiri majlis ini.
Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih dan melantik barisan kepimpinan yang baru bagi organisasi KSSGUTM 2010. Diharap agar barisan kepimpinan yang baru (Saudara Amir Putra dan ahli jawatankuasanya) dapat memimpin KSSGUTM dengan jayanya justeru dapat merealisasikan Visi dan Misi Universiti Teknologi Malaysia .Semoga berjaya dari kami budakfotoGRAFIA!!!!
Asrul Adam,
asruldm@gmail.com