Demam Konvokesyen ke-44 UTM
Bismillahirrahmanirrahim
Universiti Teknologi Malaysia - Keunggulan Terbilang
Aduhhh panasnya badan!!!!!!
selsema pulak tu!!!!!!....Demam...Demam...Demammmm, eeeee seronok la pulak!!!!
Debaran perasaan para graduan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang menghadiri majlis konvokesyen UTM ke-44 kali ini. Dengan rasa rendah diri sedalam lautan ciptaan Tuhan, lensa kami bersua bagi meraikan kejayaan para graduan UTM. Lihat lah betapa gembiranya mereka bersama sahabat dan keluarga.
Sahabat setia sedia menghulurkan tangan meringankan beban dan menanti kejayaan teman seperjuangan. ini lah erti sebuah kejayaan sebenar. budakfotoGRAFIA mengucapkan selamat berkerjaya kepada para graduan dengan harapan kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara tercinta walau di mana jua berada.
Bagi yang membawa keluarga bersama, sesekali tidak melepaskan peluang keemasan bergambar bersama kami. Terima kasih kepada keluarga Fida yang sangat sporting sesesi bersama budakfotoGRAFIA. Walaupun dihambar panas mentari tetapi semangat mereka membanggakan kami. Tidak lupa juga kepada sahabat sepermainan di gelanggang Fakri, Azah dan Yasmin serta Cikgu Shahari yang mengajar di Perak. Tahniah diucapkan di atas anugerah kesarjanaan yang diterima. Dengan ini bertambah lah ahli Sarjana di Malaysia.
Bagi yang berminat, boleh terus hubungi kami untuk tempahan sesi konvokesyen akan datang. Perkhidmatan ini terbuka kepada Universiti-universiti di Malaysia. Sekian dari kami budakfotoGRAFIA.
Asrul Adam
asruldm@gmail.com


