Showing posts with label korporat. Show all posts
Showing posts with label korporat. Show all posts

03 June 2010

Juara Rakyat Dun Teluk Pasu

Bismillahirrahmanirrahim


UMNO - Juara Rakyat

Sekali-sekali turun padang tengok aktiviti anjuran UMNO/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Program Juara Rakyat ni diadakan di kawasan DUN Teluk Pasu, Terengganu pada bulan April lepas. Masa ni aku balik kampung.

Riuh 3 hari 3 malam penuh dengan aktivitinya. Aku turun pun masa majlis perasmian penutup, datang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik. Atas permintaan jawantankuasa Puteri UMNO kawasan. Sempat tembak sana-sini beberapa gambar.




Kesian makcik-makcik ikut perarakan dalam keadaan panas terik ;)

Apapun, program tersebut menarik ribuan pengunjung yang disediakan bermacam gerai pameran. Sekian.

selebihnya

29 October 2009

AGM2009 :: Kelab Silat Seni Gayung UTM (KSSGUTM)

Assalamualaikum..


Hijjaz - Sunnah Orang Berjuang

Pada 18 Oktober 2009, Kelab Silat Seni Gayung Universiti Teknologi Malaysia (KSSGUTM) mengadakan program wajib bagi setiap tahun iaitu Annual General Meeting (AGM 2009) kali ke-14 bertempat di Dewan Senat UTM, Bangunan Pentadbiran UTM Skudai Johor. AGM ke-14 ini dihadiri lebih 40 ahli KSSGUTM di mana ianya terdiri daripada barisan kepimpinan pada tahun 2009, ahli-ahli lama dan juga ahli-ahli baru. Ustaz Mohd Redzuan selaku penolong Jurulatih KSSGUTM serta penyandang sandang kebesaran PSSGM turut serta menghadiri majlis ini.

Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih dan melantik barisan kepimpinan yang baru bagi organisasi KSSGUTM 2010. Diharap agar barisan kepimpinan yang baru (Saudara Amir Putra dan ahli jawatankuasanya) dapat memimpin KSSGUTM dengan jayanya justeru dapat merealisasikan Visi dan Misi Universiti Teknologi Malaysia .Semoga berjaya dari kami budakfotoGRAFIA!!!!


Asrul Adam,
asruldm@gmail.com

selebihnya

Followers

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP